Sunday, 26 June 2011

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011

AS-SALAM semua......
alhamdullillah rasa kesyukuran di panjatkan kepada ilahi...
ha.....hari nie atekk! akan menceritakan tentang pengalaman atekk! pergi ke program gotong-royong UTHM sempena Kembara Mahkota Johor 2011 di Felda Ayer Hitam,Kluang Johor....
di sini atekk! akan menceritakan la serba sedikit tentang Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) nie...
baiklah....Kembara Mahkota Johor atau nama singkatnya (KMJ) merupakan suatu program tahunan yang di ilhamkan oleh Yang Mulia Tunku Ibrahim Ibni AlmarhumSultan Iskandar...yang merupakan Tunku Mahkota Johor pada masa itu, program ini bermula pada tahun 2001.kembara ini menjelajah seluruh pelusuk negeri johor samada di darat mahupun pulau-pulau sekitar johor. kembara ini bertujuan merapatkan jurang perhubungan antara Istana Johor dan rakyat jelata..di samping tuanku merasai kesusahan yang di hadapi rakyat johor serta melihat pembangunan pesat di Negeri Johor.
Tunku Mahkota akan mengembara bersama keluarganya dan ahli majlis negeri. Tuanku akan menunggang motosikal berkuasa tingginya, kadangkala akan menaiki bot menjelajah pulau atau menelusuri sungai,dan pada 2010 beliau menjelajah menggunakan keretapi, dan seterusnya menerima nama sebagai Sultan pertama menerima lesen lokomotif.
motorsikal yang selalu baginda tunggang untuk KMJ.

baginda sulta memandu lokomotif KTMB untuk KMJ 2010

pada 2011 aktiviti ini tetap berjalan seperti biasa...meskipun Tunku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah di mahsyurkan sebagai Sultan Bagi negeri Johor, Namun, Beliau tetap mengembara dengan 
alasan mengajar anaknda beliau iaitu Tengku Mahkota sekarang Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
walaupun sesetengah masyarakat berpendapat ianya membazir, tetapi sekurang-kurangnya ada la jugak usaha Sultan Ibrahim untuk menjeguk rakyatnya...daripada duduk diam saja di istana.

untuk KMJ 2011 nie...temanya ialah  
"PENJAGAAN ALAM SEKITAR . TANGGUNGJAWAB KITA"



sekarang atekk nak cerita plak pengalaman atekk! mengikuti program gotong-royong di salah sebuah check point KMJ2011....iaitu Felda Ayer Hitam.sebenarnya tak rancang pon nak ikot program tu. ntah ade kekosongan so atekk! ngan kawan atekk! heilfarith ikot program tu...
dengan tak faham ape-ape...pasal program tu...main ikot je....
pagi tu...atekk! pon bersiap la dengan memakai t-shirt minggu haluan siswa UTHM...pastu bertolak ke felda dengan 2 bas...
dalam bas sempat la gak tido...ngantuk gile ah!!....
sampai je kat sana keadaan alam masih berembun...tapi kawasan tu da meriah sbb dieorang wat j-robik...memang sangat mengujakan...so kami pon di bawa ke pusat aktiviti kami iaitu masjid felda...di sana kami di beri sarapan dan moderator untuk program tu ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Kluang.setelah itu..kami diberi kepada beberapa kumpulan kecil,dan di beri tugas...
atekk! di beri tugas membersihkan kawasan sekitar pusat aktiviti wanita felda.
sampai sana...nampak gayanya takde kerja sangat...sbb semua majlis daerah da siapkan..so...duduk-duduk je la ngan makcik dan nenek yang sibuk menyiapkan bungga manggar untuk sambut ketibaan nnty..
tengahhari menjelma...kami pon balik ke pusat aktiviti...setelah berehat jap...makan tengahhari pulak...dan solat zohor....lepas solat zohor...atekk! dan heil berjalan-jalan di kawasan ekspo dan pameran..dan sebelum bertolak balik ke UTHM sempatla beli susu segar...yumm...yumm...
walaupon tak sempat jumpa Sulltan Johor...takpe la...yang penting hary tu happy...hahaha...
kat bawah nie ade la beberapa pic yang sempat candid...enjoy...
kawasan yang kene bersihkan.....

kumpulan atekk!sebenarnya bukan wat keje sangat...amek gambar je lebih...hahaha

atekk! dan beberapa ahli kumpulan...

antara persiapan yang di buat untuk menyambut KMJ2011

ekspo yang diadakan....

persiapan untuk pentas Di-Raja....

sentuhan akhir pentas Di-Raja....penuh dengan biru...

antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mengubah sirih junjung dan hantaran...

memang menarik perhatian...pasti juri menjadi gusar memilih juara...haha

kasih rakyat terhadap sultan...

beberapa sudut informasi di dalam ekspo



informasi mengenai aedes dan denggi....

giannt aedes mosquito...huhu..

maklumat mengenai pembangunan industri kelapa sawit...

plan rancangan sebuah loji pemprosesan kelapa sawit....

sangat mengagumkan.....pasti rakyat tertarik dengan rancangan kerajaan johor

untie ni la yang jaga stall susu lembu....ngah wat promotion la nie...

susu lembu segar...produk tempatan...ladang lembu tu ade kat felda nie gak....

susu perisa strawberry..kesukaan atekk!....jagan risau bersih dan halal....sbb institut haiwan ade kat depan felda nie...

ganjaran untuk si juara...

masjid yang telah siap dibersihkan untuk kegunaan sultan...

basikal sumbangan NGO untuk anak-anak felda...senang gi sekolah...harap jangan merempit suda....

pentas yang siap di hias...

poster KMJ 2011

banner KMJ2011 ade di sepanjang jalan...menambahkan kemeriahan...

pemandangan dari masjid......

sekolah felda ayer hitam.....jalan penuh ngan bendera dan banner...

pemandangan yang menakjubkan...padang ragut yang luas....

sejuk saujana mata memandang.....

bendera menghiasi sepanjang laluan KMJ 2011....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...