Friday, 12 August 2011

Parit Raja oh! Parit Raja....

assalammualaikum semua...

pada hari ini...atekk! nak bercerita tentang pengalaman atekk! menjalani ibadah puasa tanpa family.buat pertama kalinya dalam hidup atekk! atek berpuasa tanpa kehadiran keluarga yang di cintai.yang ada hanya rakan2 yang sudi mengantikan keluarga...sedih tak.....???....sedih kan.....hemm...apapon ia akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan bagi diri atekk!!...berpuasa di UTHM nie tak susah...kerana banyak kemudahan yang di sediakan...kalau waktu berbuka tu pasti akan ada jamuan berbuka puasa di Masjid UTHM...free....setiap hari...kalau yang taknak ke masjid...UTHM ade gak sediakan bas ke bazzar ramadhan di Town Parit Raja....memang kebiasaan di parit raja menjelang ramadhan ,pasti akan ada bazzar dan expo jualan....dari satu ramadhan sampai la pagi syawal nnty..kalau expo tuh kekadang sampai habis syawal baru tutup....best sangat...setiap tahun parit raja akan menjadi town yang paling busy menjelang Aidilfitri.....setiap tahun perkara yang sama terjadi...best3....kalau kekawan nak merasainya..try la datang Pt.Raja nnti...dari kuih raya sampai ke baju raya...semua da....di jamin terbaik dari Parit raja....haaaa....sebab tu la nama post nie Parit Raja oh Parit Raja...sebab atekk! akan bercerita pasal parit raja....

Mengikut orang tua-tua yang dah tua....parit raja di ambil nama sempena satu peristiwa iaitu...ketika kawasan ini baru di buka,mereka menjalankan pertanian tradisional...tetapi mereka di hantui masalah banjir kerana kedudukan geografinya yang rendah(even sampai hari nie pon selalu banjir)....oleh itu penduduk kampung mengambil inisiatif membina parit secara bergotong-royong.secara kebetulan Duli Yang Maha Mulia Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar...melalui kawasan itu bersama rombongannya.Baginda dalam perjalanan menuju ke Muar.ketika melalui kawasan itu...baginda tertarik dengan apa yang di lakukan oleh penduduk setempat.Beliau sendiri telah keluar dari kereta dan menemui rakyat jelata.beliau diperkenalkan kepada Tuan Haji Nawawi iaitu ketua kampung yang telah di lantik.Dan Baginda sendiri telah berkenan mencemar duli turut serta dalam kerja pengalian parit itu.sebelum baginda berangkat pulang...beliau sempat menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat dan wang tunai sebanyak RM 270.00 kepada penduduk kampung.setelah itu penduduk kampung telah sepakat mengadakan kenduri doa selamat bersempena keberangkatan duli ke kawasan itu dan memberikan sumbangan kepada mereka...setelah itu penduduk kampung sepakat menamakan kawasan itu sebagai PARIT RAJA...mengantikan nama asal nya iaitu Kampung Haji Nawawi...sejak itu Parit raja berkembang pesat dari segi Ekonomi dan masyarakat.kini parit raja menjadi kawasan perindustrian terpenting di Batu pahat selepas Seri Gading.Parit raja juga semakin terkenal dengan kewujudan sebuah IPTA iaitu Universiti Tun Hissein Onn Malaysia dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA.pelbagai peningkatan infrastruktur dan kemudahan di sediakan saban hari, rangkain jalan raya yang baik, kedudukan bandar yang tersusun,kemudahan awam yang baik.dan ekonomi yang sangat pesat.Parit raja akan menjadi pusat tumpuan pada masa akan datang.

Atekk di besarkan di kawasan Parit raja.jadi banyak yang atekk! tahu tentang Parit raja.kalau nakkan kerepek datang saja ke Kampung rangkaian Parit Lapis Bahru(Kerepek e-din) atau ke Parit Tengah (Perniagaan Miskiah Kassim)...kalau nak makan cendol singgah di Kedai cendol ejay di jalan Parit raja Darat.kalau anda nak merasa masakkan tempatan seperti nasi ambang,soto,dan nasi baryani,datang lah ke Kompleks Niaga Parit Raja....hhaaaa.....banyakkan yang atekk! tahu tempat menarik di parit raja nie....hahaha
k lah sampai di sini saja lah dulu post kali nie....sebenrnya tengah blur tak tau nak post apa....so post je lah pasal tempat sendiri.


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...