Monday, 26 September 2011

sahabat itu anugerah Allah...





as-salam semua....
alhamdullillah...akhirnya di kesempatan yang terhad ini atekk! berjaya mencuri sedikit masa untuk mengadakan entry baru dalam blog atekk! ini...memandang kan keadaan masa dan jadual yang padat selepas berlalunya Aidilfitri...huh...keadaan masa yang sangat pantas berlalu...
pada kali ini atekk! nak kongsi sedikit mengenai sahabat dari sudut pandangan atekk!
al-Quran serta al-Hadis Rasullullah.
"sahabat"...ada ke di sebut didalam Al-quran mari kita lihat

Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)

hadis pula.....

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

pada pandangan atekk!...sahabat itu satu anugerah yang tidak terhingga kepada kita...pernahkah kita terbayang bagaimana hidup seseorang manusia tanpa sahabat. pasti dia dalam keadaan tidak normal dan sentiasa dihurung kegelapan...oleh itu bagi atekk! sahabat sangat penting....
sahabat ialah orang yang dekat dengan kita selepas ibu bapa dan saudara. dalam sudut pandang atekk! bg atekk! sahabat itu terbahagi ke pada 2.
1.sahabat
2.kawan
walaupon ade yang menyatakan ianya sama...tetapi bagi atekk! ianya berbeza...atekk! akan menerangkan mengenai sahabat dahulu...sahabat bagi atekk! ialah seseorang yang sangat rapat dengan kita tidak kira lelaki mahupun perempuan,bahkan kita memberi kepercayaan kepada mereka dengan bercerita kisah suka duka kepada mereka dan berkongsi apapun kepada mereka,perihatin terhadap kita dan hormat kepada kita...itulah sahabat. 
sebab itu kesemua yang rapat dengan Rasullullah, dipanggil sahabat nabi bukan kawan nabi.
itulah istimewanya sahabat dari sudut pandang atekk!
manakala kawan pula bg atekk ialah seseorang yang kenal akan kita dan bertanya khabar dan boleh memberi pertolongan apabila diminta.
itulah kawan bg atekk!.
walaupon ade yang tidak kisah dengan kawan mereka...tidak peduli akan sahabat mereka...ia memang tidak menjadikan satu masalah kepada sahabat itu tetapi ia akan mendatangkan musibah kapada dirinya keran menerima ramai musuh dan lawan..
dalam hidup atekk!...atekk! tidak pernah mempunyai sahabat baik, yang mana atekk! boleh meluahkan masalah dan isi hati.sejak atekk! di lahirkan atekk! mempunya ramai kawan tetapi bukan sahabat...isebab itulah atekk! sangat memilih untuk bersahabat kerana atekk! sangat khuatir mendapat sahabat yang boleh  menjerumuskan diri atekk ke kancah kehinaan,,,,
atekk! juga sangat khuatir dan takut jikalau atekk! tidak dapat menjadi sahabat yang baik kepada mereka...
kepada Sahabat atekk! yang dikasihi...terima kasih kerana sudi bersahabat dengan atekk! semoga Allah merahmati persahabatan kita.
sekian sahaja untuk kali ini 
assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...