Friday, 16 March 2012

politik duhai politik!!!


Assalamualaikum dan selamat hari2 semua!!..
hari nie azwa akan membicarakan tentang politik!...
huh??..politik??
ya!! politik!!...
mulai hari nie azwa akan start memberi pandangan akan perkara2 yang agak berat dan matang..


politik malaysia yang semakin menjadi2 dan menghantui masyarakat masa kini...
semenjak azwa menjadi mahasiswa nie. isu politik hangat diperkatakan di sana sini
terutamanya semenjak perhimpunan Bersih dan isu Adam Adli di UPSI...
memang tidak azwa nafikan...terdapat segelintir pelajar UTHM yang bergiat aktif dalam politk nie...mereka ghairah melaungkan menifesto sesebuah organisasi baik goverment mahupon opposition...azwa tak salah kan mereka...suka mereka lah...dah besar panjangkan...hakhakhak
apa yang sepatutnya berlaku ialah pihak pembangkang mengkritik apa yang di lakukan kerajaan agar ianya menjadi lebih baik dan elok untuk kepentingan rakyat.
apa yang berlaku di Malaysia...pembangkang mengkritik kerajaan agar kerajaan jatuh dan rakyat membenci kerajaan..

(kerajaan /pembangkang =mana2 parti di malaysia)

secara kasarnya azwa tidak menyokong mana-mana pihak..atau bersifat bias terhadap mana-mana parti.
tapi secara jujurnya azwa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang....
politik bukan perkara remeh pada azwa...ia melibatkan banyak pihak dan kesan nya boleh memudaratkan atau memberi kebaikan...setiap sesuatu ada baik dan buruknya...ada pro dan kontra.

kita sebagai mahasiswa ada cara kita sendiri untuk menyampaikan suara, pendapat,cadangan atau komentar kepada kerajaan...berdemonstrasi bukanlah satu cara yang bijak,,,tambahan lagi...di tenggah malam dan merosakkan harta awam....
itu tidak mencerminkan sifat mahasiswa yang berminda kelas pertama....

berikut merupakan pandangan peribadi azwa terhadap beberapa politik.


UMNO
UMNO meripakan parti tertua sekali di Malaysia...umurnya mencecah 60 tahun lebih....dan pengasasnya ialah seorang anak jati johor berketurunan Turki iaitu Allayyarham Dato. Onn Jaafar, Umno di lahirkan di Istana Besar Johor...
pada pandangan Azwa....apa yang di perjuangkan Oleh Umno adalah jelas,,,Walaupon sesetengah pihak mengatakan ianya seperti menindas rakyat...tetapi ia jelas...cuba meningkatkan kualiti hidup orang Melayu....cuma kita harus sedar...Perjuangan Umno di zaman Dato.Onn tidak sama dengan perjuangan hari ini...hari ini dunia semakin mencabar dan umno dikatakan tidak lagi releven untuk rakyat!...
perjuangan Umno boleh azwa katakan jelas dan boleh dilihat....
cuma!
azwa tidak berkenan dengan pemimpin2 mereka yang banyak mementingkan diri dan tidak banyak membuat kerja untuk rakyat...tetapi buat kerja untuk pemimpin atasan.
mereka seharusnya ikhlas melakukan kerja untuk rakyat...bukan kerana nama,pangkat dan darjat.
oleh itu...Masyarakat Umno harus melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan membantu parti tersebut.


PAS
PAS merupakan sebuah parti beraliran Islam di Malaysia...di tubuhkan pada 1951 dan didaftarkan sebagai organisasi politik pada 1955 di Pulau Pinang.
pada pandangan azwa...apa yang di perjuangkan pas pada asalnya juga jelas...mereka menolak sekularisma dalam pemerintahan dan cuba menjadikan malaysia sebagai sebuah kerajaan bercorak Islamik. itu azwa sokong..memang benar kita harus menentang sekularisma dalam pemerintahan yang mana ia akan memberi effect pada kehidupan rakyat.
gejala sosial akan berleluasa dan sebagainya...
mereka juga cuba menjalankan undang2 islam atau HUDUD di malaysia.
betul!
cuma apa yang azwa lihat belakangan ini perjuangan PAS kian hilang arah dan mereka seakan di kuasai oleh sesuatu yang menjadi kegilaan ramai pihak iaitu KUASA!.
mereka tidak lagi cuba memperjuangkan masalah ummah...tetapi mereka hanya terlalu khusyuk dengan kuasa memerintah..
dan saya lihat...para pemimpinnya juga sangat baik2..terdiri dari golongan ulamak....cuma saya tidak berkenan dengan tindakan sesetengah induvidu yang berhijrah hidup dan menjadikan politik atas nama pas sebagai populariti..
selain itu saya juga semakin hilang percaya dengan sesetengah induvidu yang menjadi Pro-Pas...mereka seakan terlalu taksub hinggakan sebuah kisah yang saya dengar..
ada seorang lelaki nazak..kemudian datang sahabatnya dari Kelantan..dan berkata kepada rakanya yang sedang sakaratul maut itu dengan berkata "ingat pas masuk syurga" di telinga kawanya yg nazak itu....WTF!!!...apa kene mengena pas dan syurga!,,,ia sepatutnya mentalkin kan sahabatnya itu...
oleh itu  orang pas harus membersihkan semula medan perjuangan mereka..
(WTF= what the function)

PKR
PKR atau Parti Keadilan Rakyat ini mempunyai sejarah yang panjang..bermula dengan Gerakan semasa pemecatan Anwar Ibrahim sehinggalah tertubuhnya parti...yang mendukung reformasi 
dalah arena politik negara belakangan ini...parit nampak peningkatan prestasinya sejak pembebasan Datuk Sri Anwar Ibrahim...dari penjara sungai buloh...
parti ini merupakan parti yang agresif sejak belakangan ini dan tampak aktif memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat...walaupon ramai yang tidak jelas dengan apa yang cuba di perjuangkan mereka..
PKR menjadi seteru terbesar kepada parti kerajjan pada hari ini yang mana pengikutnya semakin ramai hari demi hari..
cuma azwa tidak bersetuju dengan tindakan ahli pro-PKR yang terlalu taksub hinggakan melakukan pelbagai cara untuk memenangi hati rakyat dan menjatuhkan kerajaan sekarang..hinggakan benda yang tidak elok juga di buatnya..
perhimpunan haram,demonstrasi, dan kisah2 pribadi yang kotor menjadi bualan rakyat dan membuatkan ramai yang memandang serong terhadap parti ini..
apa yang perlu dilakukan oleh parti ini...pada pandangan azwa...mereka perlu melakukan sesuatu yang boleh membersihkan nama mereka dan cuba tidak terpengaruh dengan perkara yang boleh menyebabkan pandangan negatif rakyat.


di sini azwa hanya menyentuh beberapa parti yang majoriti melayu sahaja...
kerana rasa kasih dan sayang azwa terhadap Bangsa melayu...

jika semua parti ini bertindak dengan betul dan betul2 menggunakan konsep apa yang digariskan sebagai negara demokrasi...maka benarlah kata-kata Hang Tuah bahawa

Tidakkan Melayu Hilang di dunia.

post nie bukan azwa bersikap racist...tetapi azwa kenal bangsa azwa...melayu...merupakan bangsa yang sangat di hormati..hinggakan para pujangga menukilkan bahawa kesantunan orang melayu itu tiada tolok bandingnya...bangsa melayu sangat terkenal suatu masa dahulu...hingga kan eropah datang ke mari mencuri hasil kita,...melayu menjadi pautan bibir pemerintah Daulah Islamiah kerajaan Khalifah...

kita harus kembalikan kegemilangan bangsa kita...

kesimpulannya....azwa memang tak suka mengkaji politik....dan terlibat dalam politik...azwa lebih suka mengkaji sejarah....memang akan ada yang berkata..
.'kaw pehal duk kat UTHM study engineering tapi search sejarah,,,," 
tapi tu lah minat azwa...sejarah...azwa akan terus mencari bukti bahawa bangsa melayu sangat gemilang...sejarah yang hilang...sejarah yang di kaburi oleh penjajah laknatullah....sejarah yang akan membuat sidang pembaca bangga dengan bangsa melayu...

azwa akan masukkan dapatan carian sejarah azwa dalam blog...jika berminat...teruskan membaca dan jika tidak...memadai anda sidang pembaca mnjenguk blog saya!..=D
sekian dahulu 
Assalamualaikum...

p/s segala yang berada dalam blog ini hanyalah pandangan azwa....bukan lah perkara sebenar dan harus berlaku!....chill bro...takde kene mengena dengan mana2 pihak....saya mahasiswa pro-melayu islam!!..sayang melayu cinta islam...=D peace!!!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...