Thursday, 19 April 2012

Program Rehlah Dakwah Bersama Habib Umar


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Alhamdullilah hari nie dapat gak azwa update Blog yg tercinta nie...hahaha...
setelah mengahbiskan waktu pagi dengan menduduki test Bahan yg maha susah tuh...then menyiapkan portfolio 1 citizen yang gampang...hahaha
telah dirancang akan bahawa petang khamis ade satu program besar-besaran yang di rancang pihak UTHM dan pejabat mufti johor...
iaitu Program Rehlah Dakwah Habib Umar Ben Muhammad Ben Hafiz



siapakah dia??...
disebabkan azwa bukanlah pencerita yg baik...
so korang anda2 semua...kene lah jadi researcher yg bagus...
tengok kat link Nie untuk melihat biodata lengkap Habib....---------------> [clik di sini]

apa yang azwa nak highlight kan ialah...beliau merupakan nasab keturunan Nabi Besar Muhammad Rasullullah S.A.W... nasabnya berjuraian dari Saidatina Fatimah kemudian Saidina Hussein dan sehinggalah kepada Habib Umar..
program nie di adakan sempena Hari Hol Habib Ali Bin Jaafar Al-edrusi.
(saper pulak...) ....die merupakan keturunan Rasullullah juga...berasal Dari Hadramaut Yamen...dan menetap di Batu Pahat....
beliau merupakan salah seorang Wali Allah yg ade di Malaysia dan mempunyai Karamah.... dan telah pon meninggal dunia...klik kat link nie untuk info lanjut--------------> [click di sini]
ramai yang tak kenal beliau...dan tahu akan kewujudan beliau...tetapi die sangat terkenal dan mahsyur di kalangan ulama'2 besar nusantara dan negara2 arab...rumah buruknya di belakang BP Mall sering di kunjungi orang2 besar dalam dunia Ulama'.

program nie start dari tenggahhari sebenarnya...cuma azwa yg gerak lewat sikit...coz ade keje yg nak di siapkan...( tido dan on9 sebenarnya...)...hahah
stright to the Tausilah Habib Umar je la ek...
apa yang dapat azwa kongsikan...

  1. kita sebagai umat islam perlu mendambakan kematian yg sebaik-baiknya iaitu khusnul khatimah.
  2. orang islam disyariatkan solat lima waktu. dan barang siapa meninggalkannya maka di catatkan namanya di pintu neraka selagi ia tidak bertaubat.
  3. hadirlah ke masjid. kerana lebih afdhal bagi lelaki solat di masjid.malaikat akan mengenali kita sekiranya kita sering ke masjid. sekiranya kita tidak kemasjid kerana sakit, maka malaikat akan menziarahi kita, sekiranya kerana sukar...maka malaikat buatkan untuk kita. masyaallah...
  4. perbanyakkan berzikir, dan berselawat sebagai tanda kasih kepada Junjungan besar Muhammad S.AW. Habib Ali bin jaafar sentiasa berzikir dan mengucapkan LI'ILAHAI'LLAALAH beribu kali sehari disamping mengamalkan surah al ikhlas, al falaq, an-nas dan fatehah.
  5. jangan terlalu ghairah mengigati idola2 dunia..terutamanya artis, pemain bola sepak, dan ahli2 gusti...sedangkan 10 nama yang di jamin syurga langsung tak tahu. dan takde rasa nak ambik tahu kerana terlalu sibuk mengambil tahu pasal artis...dan football player...
  6. semoga kita semua dapat berkumpul di syurga bersama Rasullullah esok.
  7. orang yg berzikir didalam masjid..Allah akan menghantar 2 jenis malaikat buat kesejahteraan mereka.iaitu malaikat yg menjaga masjid, dan malaikat yg sentiasa berzikir
  8. orang yang membenci orang yang beriman dan bertakwa..tidak akan masuk syurga.
  9. walaupon ada sebesar zarah sekalipun rasa cinta pada orang beriman dan bertakwa, dia akan masuk syurga.
  10. janganlah suka memburuk-burukkan orang lain atau puak lain.

itulah antara point tausilah yang di sampaikan oleh Habib Umar Ben Hafiz dengan bantuan translater..
















majlis diselang selikan dengan alunan Qasidah. munajat dan selawat serta marhaban. yang sungguh syahdu dan merdu.
di penghujung ucapanya beliau berdoa sambil bermunajat memohon kemapunan bersama para jemaah sehingga menitis Air matanya....subbhanallah..

beliau juga mendoakan kesejahteraan UTHM dan segala staff dan pelajar agar sejahtera selalu. ameenn ya Allah...


dan majlis tamat dengan meriah dan pulang dengan penuh motivasi dan taubat nasuha...dan penuh kecintaan terhadap Rasullullah...
insyaalllah kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t..

saya rinduuuuuu sangat kat Rasullullah....=(

p/s kepada Rasullullah yang sangat dirindui dan dicintai, azwa buat masa nie hanya mampu kirim salam sahaja buat mu ya rasullullah... azwa belom cukup duit nak ziarah rasullullah...nnty kalau dah cukup...azwa pegi ea..bawak mama n papa...enkaw tunggu lah azwa ye....nnty aq pg ziarah engkau ya rasullullah....peluk cium dari umat kecil mu -azwa-





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...