Friday, 22 June 2012

Tulisan Orang Melayu???.. o.O!


السلام عليكم دان سلام سجهترا

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!..

alhamdulillah syukur azwa panjatkan kepada Allah kerana dgn Limpah dan inayahnya maka dapat jugak azwa update Blog nie...
maklumla...awal2 sem nie banyak kerja nak kene settel...dengan Program Yg beratur nak kene uruskan...hahaha
kadang2 terfikir jugak..kalau la azwa nie boleh di bahagi2 kepada banyak...kan senang...boleh jadi master of multitasking...hehe...merepek je lah kerjenye ye dak...haha

okehh...memandangkan hujung minggu agak lapang so nie la masanya untuk melihat jari2 nie menari di atas keyboard Laptop sambil diiringi lagu2 nashid dari CahayaFM.net...(promote jap...haah)

okeh... kali nie kita nak bercerita tentang Tulisan Melayu yang kian pupus dan dilupakan.
mungkin ada anak2 muda di luar sana akan kata :

"tulisan melayu??...ade ker??.."

"Huh??...Tulisan Melayu??...apakah??..."
tk kurang juga ada yang kata mcm nie...

"what that...Tulisan melayeuw~~..i never hear before.."
(bg geng2 bajet mat salleh la...)

okehh...kita sebenarnya akan bercerita tentang Tulisan Jawi!توليسن جاوي..
okehh...
Orang- orang melayu sebenarnya ada tulisan mereka sendiri iaitu Tulisan Jawi.
iaitu tulisan yang berasaskan huruf Jawi...atau sebenarnya Hija'iyyah...dan di tambah beberapa huruf seperti huruf Nya, Cha, dan Vi....

huruf2 jawi.

kebanyakkan anak muda melayu dan sedikit orang2 dewasa melayu sudah tidak mampu mengaplikasikan tulisan warisan melayu ini...
mereka tidak pandai membaca jawi...mahupun menulis jawi.
jika membaca jawi tidak rety...apalah pula nasib Kitab Al-Quran...

Tulisan Jawi ini telah mula berkembang pada tahun 1300 M...oleh pedagang2 parsi yang mengembangkan Kesusteraan mereka di Tanah Melayu pada masa itu..

batu bersurat jawi...

jadi kita sebagai anak melayu perlu menjaga warisan Kebudayaan kita...dan seterusnya warisan kesenian Islam.. jika bukan kita yang jaga...siapa lagi...takkan nak suruh Chainese and Indian belajar tulis Jawi...mesty la tidak...kerana mereka sendiri ada tulisan bangsa mereka sendiri...Chainese dengan chainese Character dan Pin Yin...manakala India ada tulisan sanskrit mereka...so...orang2 melayu perlu mengambil perhatian akan perkara nie...ini hak kita!..

sekolah agama kerajaan johor.

sekiranya anda berasal dari johor, peratusan Celik Jawi adalah lebih tinggi berbanding negeri2 laen...
kerana Di johor Ada Sekolah Agama Kerajaan Johor, yang di biayai oleh kerajaan Johor sepenuhnya, yang mana semua buku dan kitab serta tulisan pengantarnya adalah Jawi.
at least budak2 johor rety tulis nama sendiri dalam tulisan jawi.dan pandai membaca Tulisan Jawi.

خير ازوا شافق بن مهد سومندي داية=KHAIRUL AZWA SYAFIQ BIN MHD SUMANDI DAYAT

Kenapa Azwa merepek pasal Tulisan JAWI???

azwa menyentuh pasal tulisan jawi kerana azwa mulai sedar...kebanyakkan anak2 muda dan lebih lagi mahasiswa melayu yang bijaksana...bijaksini...bijakmana2...tapi tak pandai tulis Jawi dan baca jawi...even nama mereka sendiri...sedih kan...


jika kita lihat...masih banyak usaha2 kerajaan untuk menjaga tulisan jawi nie...cuma ia tidak berkesan...
antaranya ialah kepala2 surat rasmi yang bertulis jawi, nama2 jalan yang bertulis jawi, dan papan2 iklan bertulis jawi..(hanya di kelantan n terengganu shj.)...
cuma jika kerajaan yg syok sendiri...sedangkan rakyat tak tau baca...rugi lah...
macam melepaskan batuk di tangga sahaja..

papan nama jalan dalam Tulisan Jawi.

oleh itu kerajaan dan pihak tertentu samada GO or NGO...kene besama2 meningkatkan kadar Celik Jawi dalam kalangan masyarakat melayu.
kalau sesetengah Ibu bapa sanggup berbelanja mahal untuk hantar anak ke kelas Bahasa Cina dan Tulisan Cina...kenapa tidak kekelas Bahasa Arab dan tulisan jawi. =)

wahai Anak2 melayu...sedarlah bahawa warisan bangsamu sedang lekang dek hujan dan lapuk dek panas...
sedang karam dalam lipatan silam bangsa kita yang amat agung sekali...azwa nak mention sikit kat sini bahawa..3 bangsa yang hebat didunia ialah 1-Arab..2-Yahudi...dan 3-Melayu... (akan azwa kupas dalam entry mendatang...still in research...)...

 Tulisan Jawi sebenarnya Mencerminkan Identiti kita sebagai anak melayu, bangsa melayu,orang melayu dan seterusnya ISLAM!..

توليسن جاوي سبنرڽ منچرمينكن ايدينتيتي كيت سباڬاي انق ملايو، بڠسا ملايو،اورڠ ملايو دان ستروسڽ اسلام!..

Sekian sahaja entry kali nie yg agak berversi pidato...hahaha...(pidato la sangat.hehe)...
ok for now..assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...