Friday, 25 January 2013

Assalamualaika Ya Rasulallah S.A.W.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
apa khabar semua??... setelah berkurun lamanya tak mengupdate blog nie... akhirnya ada juga sekelumit rasa nak update.... memandangkan syafiq agak sibuk di penghujung2 semester nie...

sedar tidak sedar kita telah pun melangkau masa dan kini berada di Bulan Rabiu'Awwal...
sudah semestinya bulan ini menjanjikan suatu peristiwa agung yang bermula 1400 tahun dahulu...
peristiwa yang mengubah kehidupan masa sekarang... kelahiran seorang insan yang lebih mulia dari Malaikat Jibril sekalipun... maulidnya seorang kekasih buat pengasih... maulidnya seorang permata cahaya hati...

lahirnya insan agung mulia bernama


Allahumma solli ala muhammad wa'ala alih...

secara serba sedikit kita imbau sejarah lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w..
baginda diputerakan dikota Mekah pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah. mengapa di panggil tahun gajah?. boleh la search sendiri ek!.. peristiwa serangan raja Abrahah ke atas kota mekah.
Nabi s.a.w di puterakan dalam keadaan yatim, kerana bapanya Abdullah telah meninggal dunia ketika baginda dalam kandungan ibunya lagi. Ibunya bernama Aminah merupakan wanita dari keluarga yang di hormati di kota mekah, ketika baginda di lahirkan, keadaanya sangat mulia. lahir dalam keadaan bersujud kepada Allah dan telah di khatankan. datuknya Abdul Mutalib begitu gembira dengan kelahiran cucunya itu telah membawa Baginda bertawaf di Kaabah dan mengistiharkan kelahiran cucunya yang mulia itu.


Nabi s.aw dibesarkan dalam keadaan susah dan kesempitan dalam dunia jahiliyyah kaum arab quraisy..dengan penyembahan berhala yang beleluasa dan penzinaan yang tidak terkawal, nabi berasa tidak senang dengan perkara itu. beliau berkahwin dengan hartawan kaya bernama Siti Khadijah dan bermula lah kisah hidup dakwah baginda setelah dilantik menjadi Rasul terakhir.

ketika baginda di lahirkan banyak peristiwa aneh berlaku antaranya api sembahan majusi yang hidup beribu2 tahun telah terpadam, semua berhala-berhala runtuh dan jatuh. cahaya bersinar2 dari kota mekah sampai ke langit sehingga mengoncang seluruh penduduk langit.

di bawah kubah hijau itu, tersemadi jasad seorang yang di cintai, jasad mulai yang tidak terusik oleh bumi, jasad Nabi Muhammad s.a.w ---- Masjid Nabawi, Madinah.

begitu agungnya maulid seorang Nabi Akhir zaman, Penghulu segala Nabi dan Rasul, Pemimpin Sekalian Manusia, dan kekasih Allah s.w.t.

setiap nabi dan Rasul dikurniakan Mukjizat atau kelebihan, antara kelebihan dan mukjizat Nabi s.a.w yang boleh syafiq nayatakan di sini ialah kitab Al-Quran yang di berikan kepada nabi dan kekal terpelihara oleh Allah sampai hari kiamat. selain itu ada antara mukjizat lain antaranya tangan nabi boleh mengelurkan air dari celah2 jarinya dan nabi s.a.w boleh membelah bulan.
banyak mukjizat yang di berikan kepada Nabi s.a.w. untuk kita renung akan kebenaranya dan megikuti segala ajaranya.

sebagai ummat Muhammad yang sangat di kasihi Nabi, kita seharusnya mencintai Nabi dengan sepenuh hati, kerana jika cinta yang ada diseluruh dunia ini dikumpulkan dan di bandingkan dengan cinta nabi kepada ummatnya, tidak tertanding cinta nabi kepada kita ummatnya.. subhanallah
cara mudah utk menzahirkan cinta kita kepada nabi ialah banyakkan membaca selawat kepada baginda.



ini kerana Allah s.w.t berfirman didalam Al-quran dalam surah Al-Ahzab :

yang bermaksud: Allah s.w.t dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi, Wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah selawat dan salam dengan penuh penghormatan keatasnya.

selain itu, sebagai simbol cinta kita kepada Nabi s.a.w , kita haruslah amalkan sunnah2 baginda s.a.w. banyak sunnah yang boleh di amalkan dalam hidup kita, sebagai contoh 7 sunnah yang perlu kita jaga setiap hari

*click pada gambar untuk size yang lebih jelas

dan sebagai ummatnya, kita seharusnya menghayati sejarah perjuangan Baginda s.a.w. dengan membaca sejarah hidupnya, sejarah dakwahnya, sejarah ahli kelurganya, mengenali setiap satu ahli keluarga baginda. banyak sumber yang kita boleh cari untuk mengetahui semua ini, antaranya kitab2 yang telah di terjemahkan seperti kitab Syamail Muhammadiyah, buku2 syair terkemuka seperti kitab maulid Al berzanji karangan Syeikh Jaafar al-barzanji, kitab Adh-Dhiyaul-lami karangan Al-Habib Umar ben salim ben hafiz.

Al Habib Umar ben muhammad ben salim ben hafidz. (waris cucu Baginda Rasulullah s.a.w)- Tarim, Hadramaut yemen.

kesimpulan dari entry kali ini Cintailah Rasulullah s.a.w sebagaimana Baginda mencintai kita...
rinduilah Baginda s.a.w sebagaimana Baginda merindui kita.
semoga Allah memberikan kita syafaat melalui Nabi kita Muhammad.s.a.w dan memilih kita sebagai ummat muhammad kekal sehingga Syurga.

sekian Asalamualaikum.






















2 comments:

  1. Nice entry Azwa. Selawat ke atas baginda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for coming wan.... =) just ordinary post... semoga mendapat manfaat... =D

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...