Sunday, 30 June 2013

majlis kenduri berkhatan adik aku... -_-

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Segala puji bagi Allah yang telah menemukan kita di laman ini, selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.
Semoga Allah mengampuni dosa kita semua insyaallah.

Hai2 semua… apa khabar?.. hope semua sihat la ek!.. lagi2 musim2 cuaca yg pelik skrg nie… yg utara hujan dan rebut.. yg selatan kemarau dan jerebu.. adehh… pandai-pandai la jaga kesihatan..

Hari nie nak kongsi plak cerita majlis kenduri kesyukuran berkhatan adik syafiq, iaitu khairul amir syazriq. Sebenarnya dia sunat nie dah lama dah. Masa dia darjah 1 now dia dah tingkatan 1.
Nape lama sangat baru buat majlis???
Sebenarnya dia sunat tu tak di rancang. Masa dia darjah satu tu dia mengalami buah pinggang di jangkiti kuman dan salur kencing dia tersumbat, dan salur kencing dia terluka.
Setiap kali dia nak kencing dia akan meronta2 kesakitan (lelaki tau la sakit cm na… hahaha… ;-) )
… hemm kesian kowt.. then advice doctor ialah sunat then semua sembuh. Masa tu la dia terus bersunat.. =D

Begitulah kisahnya… haha.. then now baru nak buat kenduri.. sbb baru berkesempatan.

Okeh… majlis yg diadakan secara sederhana tapi merih nie.. (ayat cm dalam TV.. =P ) telah di hadiri seramai kira 1200 tetamu dari pelbagai tempat.. dari yg paling jauh sampai la paling dekat. Haha.. majlis ni buat kecil-kecil ja.. sapa yg tak dijemput tu maaf la ek.. lain kali sajalah.

Majlis ni di adakan pada sabtu 25 mei yg lalu di rumah kediaman syafiq di Kg. Pt. Baru Darat. Pt. raja, BP. JDT.
di hadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai… so alhamdulilah la semua datang.
Kalau kita g majlis apa2 mesty kita cari jamuan dia kan. So dalam majlis nie family syafiq mengambil tema masakkan kampung ala utara, sebab menu dia semua ikot selera org perlis
Apa yg ada???
Haa…. Meh kami nak habaq bagi tau kat ampa… kita ada Sayur Lemak Ikan talang kering dan nenas, sayur lemak nangka muda ala jawa.. haha. Gulai kawah rebung dan daging ala perlis… kita ada ayam goreng crispy, ada kerabu taugeh, ada ulam2, sambal belacan, kuih muih yg melambak2.. cup cake.. dan bermacam cake serta kerepek, utk desert kita ada bubur pulut hitam, dan ayaq plak bg la ayaq sirap dgn air longan. Mmg umph la makan tenggahhari cm nie… semua bahan2 import dari perlis… fuhh….. ( perut berbunyi plak… lapaq!.. =_- )


Mmg rugi la sapa tak mai. Semua nie di masak oleh tok syafiq dari perlis dengan geng2 dia dari perlis…di bantu oleh org kampung syafiq yg still mengamalkan budaya gotong-royong atau dalam bahasa johor nya rewang.

Majlis nie di adakan 3 hari berturut. Hari pertama tu kita ada asam pedas ikan pari, sayur lemak labu dan ikan kering, asam pedas dia mmg kaw-kaw gila… tok syafiq dari johor masak. Then hari ketiga  kita ada sup ayam dan bubur ape pon syafiq tak tau.. tapi kalau org Pt. Raja panggil bubur som som… haha.. (kantoi ke-jawa-an aq tipis… haha)

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancer, walaupon hujan sikit pada waktu pagi, tu menunjukkan hujan rahmat, akhirnya sampai ke petang cerah.
Majlis diserikan dengan persembahan zapin dari kumpulan zapin Gema Alam, Team zapin kg syafiq, dan pengerusinya pon syafiq… hahaha… malam plak dimeriahkan dengan persembahan kompang jawa.. haa..mesty ramai yg tak tau mcm mana kompang jawa nie kan… haha.. cara dia sangat berbeza dengan kompang melayu or kompang org kawen… hehehe.. syok gak la walaupon err… slow gila..

Majlis selama 3 hari nie memberi impact kepenatan selama 1 minggu, serius penat nak gila.. rasa nak tercabut pinggang… mana tak nye… periuk dari sebesar2 saiz sampai la sekecil sudu syafiq adik beradik yg basuh… mmg la… fuhhh~~…

Apa pon rasa puas hati la… semua pon berpuas hati dengan majlis yg di adakan…

Rasanya tu saja lah utk majlis nie… jumpa lg dalam entry laen plak ek!..
Salam.





dj jemputan... ceria FM...haha



geng2 syafiq yg sempat hadir...


geng paling ngan... kaypul.. haha



 persembahan zapin gema alam..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...