Wednesday, 12 June 2013

MINGGU HALUAN SISWA DIPLOMA 2013/14 UTHM AWESOME =D


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hai! Hai!.. rasa lama betul tak update blog nie… terbiar cm tu je… time bukak tadi pon sempat bersin dulu.. banyak habuk.. hahaha..(acchuwmmm!!.. =’)..)
Alhamdulillah akhirnya Berjaya jugak update setelah hampir 3 bulan blog nie sunyi…(krikk..krikk..krikk..)
Okay hari nie, kita nak cerita pasal something yang fresh lg lah kan… haha iaitu minggu haluan siswa UTHM sesi diploma bg tahun 2013, or intake diploma then minggu orientasi bagi dieorang.
Pelbagai cerita yang nak dicerita nie.. hahaha… yerla program selama seminggu nie memang awesome la…
Soo… check it out!!


Day1, hari pendaftaran kolej kediaman, tahun nie UTHM menjalankan sesi intake diploma yg agak berbeza, iaitu daftar kolej dahulu then baru daftar Universiti.
Kalau tahun2 sebelom nie… daftar U dan daftar kolej kediaman pada hari yang sama,
Effect nye student yang lambat daftar akan hadapi masalah (masalah apa ek??..LOL)
So tahun nie kelainan sikit dan ternyata Berjaya selesaikan masalah kesesakkan pendaftaran tahniah UTHM.
Hari pertama nie pagi2 lagi syafiq dah terpacak kat kolej student lelaki iaitu Kolej Kediaman Tun Syed Nasir or well known as KKTSN.
Syafiq ditugaskan untuk usher pelajar yang nak masuk bilik means kene tunjuk bilik dieorang since syafiq dah expert kat TSN nie… haha..(ayat bajet senior)
Pagi2 memang la baik…tunjuk sampai ke bilik… dah tengahhari sikit memang tunjuk dari aras bawah je… dah tak larat nak panjat tangga… hahaha
Tengok mereka bawak beg besar2 gila… rasa macam nak daftar balik plak.. hahaha.. memang seronok lihat gelagat student2 nie and parents dieorg..(aq pon sama gak cm tu dulu..=3 )
Malam tu bermulalah sesi LDK yang pertama dan syafiq merupakan Pembantu MHS dalam unit modul dan sambutan, so bermakna syafiq adalah fasilitator untuk LDK.
Alhamdulillah LDK group 43 sangat awesome, tapi adik-adik fesi syafiq nie on the first agak pemalu dan pendiam,
dalam bahasa psycology nya, mereka mempunyai ice yang besar yg perlu syafiq pecahkan
Itulah guna nya icebreaking or sesi taaruf, suai kenal, heh!.  (ni bukan sesi ceramah la woii!!.. =O )
Segala modul yg dirancang dapat syafiq selesaikan dan sempat main banyak permainan dan games. Weee.. =D

Adik –adik fesi syafiq, dari kiri Ain, Mikey, dan fahmi ..okay..jangan terpedaya dengan gaya rajin dieorg.. hehehe..

Baju biru tu akram dan kanan sekali tu syafiq, got busy on our modul…hhahaha


Yang tongkat kepala tu Liam and kanan skali tu feb, pening mengarang cerita UFO yer.. hahaha =P

Second day serius penat gila. syafiq bertugas di kawasan kerusi menunggu untuk student mendaftar, berdiri sehari kat situ memang penat gilo. Melayan kerenah adik-adik baru nie ngn kerenah staf -_-

sempat bergambar masa second day... hahaha----- with ammar fikhri

Adik-adik baru nie dah org kata susuh dokumen ikot list tak paham2 jugak… sabar je la.. tak pasal staf marah syafiq suruh dieorg susun (tak pasal kene marah ngn staf) =_=
Hari tu memang la… abis je sesi daftar, sesi taklimat start. Sampai la malam ada taklimat, like usual, (masa utk syafiq tido!.. )
ucapan Dekan Pusat pengembangan dan pembangunan pelajar uthm, Dr. Asri Selamat jadi kegemaran untuk dengar,
sbb ucapan dia full dengan encourage kepada student untuk stay dengan jalan yg diambil.iaitu diploma UTHM. Dia pandai attract student utk dengar speech dia.
Mmg awesome.

Seramai 550 pelajar diploma mendaftar di UTHM. Lelaki lebih ramai dari perempuan.. only in UTHM.

Hari hari seterusnya berlalu dengan jayanya, LDK 2 Pada hari ke-5 memang syok, syafiq bergabung group dengan one of my facilitator since syafiq is an a trainer actually, not like fesi biasa, so gabung la 2 group jadi satu,
Then dengan tidak sengaja, syafiq telah merampas kuasa fesi tersebut… ahahaha.. LOL… syafiq sorang je yg cakap, dia tak sempat cakap apa2.. hehehe..sorry sis.
Sebenarnya syafiq cuba jadikan LDK tu seronok dan happening, dan mereka adik2 semua mmg awesome dan sporting.
Segala arahan di terima dan modul dapat diselesaikan dalam masa 30 minit je… hahaha.. pecah rekod nie.. 3 modul dalam masa 30 minit. Terbaik!!.. =D
Part last LDK 2 mmg best, peragaan model suratkhabar, mereka diberi tugasan untuk makeover kawan dieorg sebagai satu model, dengan surat khabar. Mmg best gila..
Dieorang kata ini satu balasan utk kawan dia tu.. hehehe.. apa2 je budak2 nie..

Aktiviti membina menara dari benda sekeliling… =D try your best! (jatuh kerusi tu.. bayar ngn bendahari yer.. haha)

Makeover member jadi model… hahaha… kesian la kat kawan tu.. hehehe..

Sempat bergambar dulu sebelum masuk dewan… ini awesome!!. korang memang terbaik!

Malam last plak menjanjikan tema yang sangat awesome iaitu masquerade and fairytale. LOL, serius syafiq noob gila pasal nie..yg di bagi tau kena pakai topeng… hahaha (niat nak pakai topeng angry bird..lol..)
Follow je la… persembahan antara kolej kediaman malam last tu mmg awesome..
Tapi menghampakan buat KKTSN sbb tewas pada MHS kali nie… TSN merekodkan kekalahan yg pertama dalam sejarah… hahaha… selama nie tak pernah kalah kowt..huhuhu
Johan milik KKTM. (kalah ngn perempuan pehhh~~ -_-)
Mhs kali ni jugak diserikan lagi dengan sesi bersama ikon muda iaitu Diana amir… waaa…. (anak prof Ir. Amir Hashim, TNC HEPA. UTHM), aq tak teruja pon… tapi dia cun kowt.. (astgahfirullah…jaga mata..hehe =) )

Secara keseluruhannya MHS kali ni ok la dari sebelum-sebelum ini, kadar pelajar bermasalah disiplin pon kurang dan majlis berjalan mengikut jadualnya.
Untuk fesi-fesi plak, masih ada antara fesi yang belum dapat masuk ke dunia fasilitator, belum menguasai etika-etika fasilitator, menguasai modul dan pergerakkan pelajar,
mungkin ada di antara fesi2 ini pertama kali jadi fesi dan mengendalikan LDK
So
No worries, make sure next program para fasilitator ini dapat meningkatkan apa yang kurang dan mempraktikan apa yg telah di pelajari.
Yang penting kekalkan semangat sebagai fasilitator tak kira dimana dan bila… kerana ada kebaikkan dari situ.
Apa pon para fasilitator dari unit Modul dan sambutan semua hebat2 dan terbaik!.. ^_^

dan seperti tahun2 sebelumnya, akan ada sambutan kecil2 utk unit modul dan sambutan seterusnya meraikan hari lahir fesi2 yg lahir bulan 6, so.... termasuklah syafiq... (muka bangga... =) )...

happy birthday to fesi yg lahir bulan 6.. hehe.. =P

Antara fesi-fesi syafiq, nabil, amir, dan ammar. (gambar mmg out.. -_- )

Haaa… walaupon busy ngn MHS,, Study week tak leh lupa utk degree semua… hehehe… cc to iki dan mukhzairi 

Haha.. buat thesis sambil bergambar… dari kiri azfar, shafiq kadir, iki dan abe handsome mukhzairi TRW.. hahaha.. Gomo klate gomo!.. lol

Ini seriously bukan najwa latif… hahaha.. tapi muka sama gila.. nama dia wawa and kiri tu aima.. haha.. lagu cinta muka buku satu!.. hehe

So syafiq still menanty senarai nama untuk MHS degree.. hope terpilih.. yeah!..
So akhir cerita kita tengok la gambar2 yang ada..

Kesian la kat kawan tu kene buli cm tu… hehehe… nah kaw… nak sangat haha

Nie model kumpulan syafiq… nama dia “king Arthur from Parit Raja” hahaha

Kumpulan model2 sekalian, sebelum sesi catwalk… sebelah kiri skali tu kak ton, sebelah dia fairy-fairy…hahaha..korg memang awesome.

Model-model semua mendengar arahan ketua unit… hahaha… mohon perhatian..

Dan akhirnya sesi catwalk berjalan dengan huru hara dan riuh rendah… berdekah aq ketawa… like serius dieorg nie masuk dewan… hahaha…
 Kak Ton Comel lah… fary-fary la… awie la… hahaha… apepon korg memang awesome!

Pagi terakhir MHS, Program Larian Kampus, pagi2 dah terpacak kat stadium UTHM. Menikmati matahari terbit dan udara tercemar dari kilang sebelah #eh haha

Fasi-fasi yg dah bersedia untuk lari… yeahhh!!!... (lari la sangat… naik motor ada la.. haha) cc to Rashid Rahman and Amir Jalal.

Rombongan cik kiah dan mak senah ke pasar lambak -_-, (hampeh betul datang lambat… hahaha..)

Woooo…. Bajet cam dah 20 round je… hahaha… padahal.. baru sampai yer… hehehe

So demikianlah coretan serba sedikit Minggu Haluan Siawa diploma UTHM tahun 2013. So ada yg awesome ada yg kurang awesome… so apa pon in next MHS makesure everything has been recover and update well…
Yang kurang awesome tu… mintak maap la ek.. bukan sengaja.. mungkin memang dari kekurangan kami sendiri..
Segala yang baik dari Allah dan buruk juga dari Allah melalui kelalaian diri kami sendiri.

unit modul dan sambutan MHS diploma 2013

Kepada adik-adik diploma intakde baru semua, especially adik-adik fesi abang syafiq..group 43.. Ain, mikey, fahmi,akram,syafiq,liam,dan feb… All the best to adik2 semua..
hope all of you can survive in UTHM for these 2 and half years..
Study hard bro n sis.. hahaha… (ucapan ikhlas dari kami… hehehe)
Ok lah.. sampai situ saja dulu…
Nantikan update seterusnya mengenai program intership syafiq dan event2 awesome laen..
Chow!!.. salam!. =D


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx  

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...