Saturday, 20 July 2013

Program sulong MAHAJJ!.... kami baru belajar... =D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, syukur syafiq panjatkan kepada Allah kerana masih diberi peluang hidup untuk menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah.
Sedar tak sedar kini kita semua telah berada dalam bulan ramadhan, so maksudnya kita semua diwajibkan berpuasa, semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu, dan selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua muslimin dan muslimat sekalian.

A few days before puasa hari tu, syafiq telah mengikuti satu program iaitu Program Motivasi SK Buloh Kasap, Segamat 2013. Program ini merupakan program sulong persatuan mahasiswa anak jati Johor UTHM or the shorten dikenali sbagai MAHAJJ.
MAHAJJ merupakan satu persatuan baru di UTHM, persatuan yang mengumpulkan semua anak-anak jati johor yang belajar di UTHM. Function dia adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak johor uthm dan seterusnya meningkatkan kolabarasi antara mahasiswa dan masyarakat… (ayat power… hahaha.. =P )

kami yang comel.... hahaha...


Program 3hari 2 malam ini telah di kelolakan oleh cikgu2 sk buloh kasap then di bantu oleh fasilitator2 uthm yg terdiri dari anak-anak johor. Program ini berlangsung di sk buloh kasap, segamat. Program yang bermula pada jumaat petang ini mmg syok, kanak-kanak darjah 6 nie mula2 je malu-malu… at last super hyper active gila… sampai fesi pon pening melayan… fuhh… ( asyik nak menari je… -_- )

Okehh… part yang paling syafiq suka ialah part jalan malam, hahaha… adik-adik nie.. belum jalan lagi dah menangis… sbb kena psyco… baru jalan 2 tapak.. dah pengsan… (hahahaha… =D)  bila dah kena tinggal tu… dia punya zikir… boleh buat kumpulan nasyid dah… boleh menang juara lagu… hahaha… dari lagu rabbani sampai lagu intime habis beratus2 track dia nyanyi… hahaha… takut punya pasal…. Kih kih kih…. Yang paling lawak.. sampai ada yang lupa nak baca apa…. Siap boleh cakap “ eh!.. aq lupa la nak baca apa…” hahahaha… mmg la adik- adik nie…. Hehehe.. moral of the story… jangan cepat panic, percaya pada abang2 fesi ye.. dan yakin Allah itu ada… insyaallah kita selamat… =D.. (seronok gila kacau dieorang… )

Secara jujurnya… mmg berat nak tinggalkan adik-adik nie… tapi program dah habis kan… soooo… kena la gak… hehe.. walaupon syafiq ni sebagai AJK program… dan takde adik2 fesi… tapi rasa cm ramai plak adik fesi… hahaha… membuli mmg seronok…(.. sobs..sobss.. =’( )
Hope adik-adik yang join program nie dapat la sedikit sebanyak input dan mesege yang cuba di sampai kan kami abang2 fesi nie… dan di harapkan adik2 semua belajar rajin2 dan dapat keputusan yang cemerlang dalam upsr nnty… abang syafiq doakan yang terbaik buat adik2 semua… insyaallah.

Dan kepada semua AJK dan fesi2 yang terlibat… saya dengan rasa rendah diri memohon maaf sekiranya sepanjang program ini saya ada buat salah.. dari pelbagai aspek dan sudut… especially teknikal.. saya dan naqib memohon maaf la ea… hehehe.. hope kita dapat berkolabarasi lagi dalam program seterusnya, nntykan program syafiq yang sedang diusahakan… wait yaw..!!
K arr… see next post… =D

untuk gambar2... klik sini----->(click here)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...