Thursday, 14 November 2013

wo ai bei jing ....I love Beijing ... ^_^

Assalamualaikum and salam sejahtera geng!.
Okay… entry kali ni maybe akan menjadi sangat panjang berjela2… sbb ianya sangat awesome dan hebat… kira cm entry of the year… hahaha…(bajet blog famos)

Okay… a few days ago actually I’m in a big trip… kali pertama dalam hidup pergi sejauh ini. Hemm… I’ts just a great experience. Sumpah takkan lupa sampai mati…
Okay.. sebenarnya syafiq diterima join satu program mobility pelajar ke luar Negara… and everybody knew it.


Minggu lepas… start in 2nd November till 7th November syafiq telah pergi ke Beijing untuk program mobility pelajar. Ini merupakan satu peluang keemasan buat syafiq, sbb bukan senang nak ke luar Negara lagi2 dalam status pelajar dan berhutang!.. (LOL ..semua org tau kowt hutang apa… wakakak)
So entry kali ini akan menghuraikan satu persatu program nie…. So hope anda sedia membaca… (lebih elok kalau sebelum baca buat milo panas ngn biskut oreo dulu… tak pon… sediakan lah popcorn kat sebelah…hehehe)

First day….

Hari bertolak ke Beijing merupakan hari yg sangat bahagia… percayalah… kalau program apa pon.. masa memula nak gerak tu adalah moment yg paling bahagia… sbb time tu perasaan akan bercampur baur… hahaha.. okay.. pagi tu bertolak ke LCCT… even flight kol 7.30 malam… kol 3 lebih kitaorg dah terpacak kat terminal LCC… Nampak tak komitmen dia sangat high level kat situ… hahaha ( dalam bahasa lain.. over excited).
ready for departure...and buku merah jangan lupa bawak... hahaha =D

setelah check-in baggage dan flight…dan tunggu berjam-jam kat situ… akhirnya. Masa untuk naik flight tiba… untuk pengetahuan semua… these in my first time in my life nak naik flight…. Yerla… kalau sebelum ni nak naik flight pon nak ke mana je… cm pelik gila kan kalau nak g tmpat dekat2 naik flight… hahaha… okay… sangat excited… sampai penat tahap gaban!... dalam kol 6.45 petang… kitaorg dah naik flight….
our flight... Air Asia X.... not bad laa... but kalau nak superb... sila naik MAS...

Tak syoknya LCCT ni… kalau nak naik flight.. kene jalan kaki keluar terminal..lalu kat landasan… then naik tangga panjat kapal…. Agak bahaya la…kalau kene langgar dengan lori n truck2 kan dah sia-sia… hahaha.. okay back to story…
Naik kapal je… niat dalam hati mmg nak membuta… sbb penat gila menunggu kat terminal.. so perjalanan pon bermula… serius for the first timer cm syafiq nie.. ofcos la pening kepala… hahaha… rasa goyang2 je kapal tuh.. so dapat la merasa nasi beryani vege kat atas awan…hahaha...
6 jam kemudian….
 Baru sampai...kesejukkan melanda di BICC... me with my brother... amir... =D


sebelum gerak... snap dulu.. =D with raihah... uncle driver and ayien...

Maka sampailah di bumi China. Lapangan terbang Beijing sangat sunyi kira2 jam 2.30 pagi… hemm… suhu sejuk mula merasuk diri..sejuk gila.. dahtu… berangin plak… mmg beku terus…-_-“… dan kat situlah kitaorg di perkenalkan kepada tour guide kitaorg iaitu sara… atau nama Chinese nya tah ape benda… tak ingat… LOL… hahaha..

Dalam perjalanan dari BICC ke hotel jin hui… memakan masa kira2 40 minit gak… dan dalam tu sara menerangkan sikit lah pasal bandar beijing… even takde sapa layan dia… hahahaha… semua dah penat n ngantuk… sampai di jin hui hotel . Check-in bilik dan terus membuta… sampai pagi…
jin hui hotel... our place in bei jing... 

Second day

Hari kedua merupakan hari yg agak skema… sbb ada tentative yg nak kena follow, hari ini kitaorg akan melawat beberapa buah university yg ada di Beijing iaitu Beijing foreign study university (BFSU). Beijing Normal University, Beijing Jiatong University dan Renmin University of Beijing. Lebih banyak masa yg di luangkan di BFSU, sbb kat sini je ada student Malaysia. So syafiq telah di beri peluang untuk membentangkan tentang KKDK dan serba sedikit mengenai UTHM di sini… Alhamdulillah… walaupun kesuntukkan masa.. segalanya berjalan lancar dan kitaorg sempat makan tengahhari di sini bersama pelajar malaysia. Begitu juga university yg lain..kitaorg sempat melawat dan mengadakan sesi interaksi dengan pelajar tempatan.
have a memory pic. with renmin University student... all of them seems like very friendly... =D

presentation time for the student from BFSU.... =)

here!... memory pic with some local student in BFSU ....

selepas itu, kami di bawa ke beberapa tempat2 tumpuan pelancong yang ada di sekitar Beijing. Iaitu bamboo production. Kami di beri taklimat mengenai product2 berasaskan fibre dari buluh dan arang kayu.
Sangat menarik… dan peringatan kepada sesiapa yang akan melancong ke Luar Negara.. khususnya china, sejujurnya… tour guide akan bawa korang pergi ke tempat yg korang sendiri tak nak pergi… dan tempat2 tu ada jual product. Dan kebanyakkannya mereka akan paksa anda untuk beli product tersebut, method yg digunakan ialah, dieorg akan bawa korg ke satu bilik…. (ala-ala kene kidnap…LOL..) then dieorg akan bagi taklimat dan demo… demo yg dieorg buat kadang2 tahap mencederakan diri dieorg sendiri… demi melariskan product… then dieorg akan bawak pergi melawat pameran product lepastu masuk kedai dia… mereka akan paksa korang beli product dieorg… modus operandi yg digunakan adalah sama je semua tempat.. kita takkan boleh keluar balik sbb pintu masuk lain dan keluar adalah lain… (trust me… I’m already have it… hahaha… )
the pink sweater is the demonstrator actually... hahaha... 

Pada waktu malam..kami di bawa menonton persembahan acrobatic, seriously persembahan dia awesome gila… mmg terpegun lah tengok diorg buat stunt..hahaha… setelah pulang ke hotel… dan selepas sesi post mortem. kitaorg semua mengambil peluang untuk bersiar-siar…di sekitar kawasan hotel… (niat dalam hati nak cari tempat shopping… hahahaha… =D) dan kitaorg terjumpa satu kedai makan muslim… ada satay kambing, nasi goreng, mee tarik… pergh!... kitaorg buat kedai nie mcm mamak… hahaha… setiap malam lepak situ… sampai uncle tu dah kenal muka kitaorg agaknya… hahahaha… so kat situlah kami berbincg mengenai tentative hari esok dan penambah baikkan…sambil makan satay kambing dan makan-makan kat situ…
its time for watching the acrobatic show.... incredibly awesome!... 

make our own mamak stall... hehehe =D

nie adalah mi tarik.. atau ramen atau meggi la kat malaysia... special dia mee ni kedai buat sendiri.. dan rasa dia mmg sedap... full of vege n daging ... order semangkuk untuk makan 13 org... tu pon tak habis...

have a good time with uncle satay.... hahaha... dia sangat happy bila kitaorg dtg kedai dia... dia akan  berdiri depan kedai ngn family and tengok kitaorg makan... LOL... =)


Third day

Hari ketiga, merupakan hari melawat kedutaan Malaysia di Beijing. Pagi2 kitaorg dah bersiap… even sebenarnya lewat jugak bergerak...selepas makan sarapan… kitaorg pon bergerak lah ke kawasan kedutaan… mmg kat kawasan tu penuh dengan rumah2 dan pejabat kedutaan semua Negara termasuk Malaysia… so its was excited when we could see our nation flag was in the others country… that time.. our patriotism spirit is on the climax… hahaha. Then we are welcoming by the staff in the embassy… and we have some discussion session. Banyak perkara yg di peringatkan oleh wakil kedutaan Malaysia… banyak jugak informasi yg kitaorg dapat. Selalunya.. jarang org travel pergi ke kedutaan melainkan ada problem… but kitaorg datang melawat kedutaan even takde problem.. hahaha..  so the importance event on that day ialah melawat kedutaan dan melawat ke masjid tertua di Beijing iaitu Masjid Nuijie.
front of rumah malaysia or rumah duta malaysia.... 

memory pic with wakil dkedutaan Malaysia... rasa cm duk kat malaysia bila masuk office nie... hahaha

Kat masjd nie.. kitaorg buat sedikit khidmat masyarakat… dan pemberian sedikit sumbangan sebanyak RM 3K. dan barang pakaian kanak2…pada awalnya… pihak masjid taknak terima sumbangan tu.. sbb masalah komunikasi… dieorg tak faham kitaorg nak buat apa kat masjid tu… then selamat ada seorang rakyat tempatan yg tau berbahasa inggeris dan beliaulah yg explain segalanya… barulah pihak masjid faham dan nak terima sumbangan tu.. Alhamdulilah..
foyer masjid nuijie, beijing. dan merupakan masjid terbesar di Bei jing dan tertua... beratus2 tahun dah masjid nie... 

the design was awesome... everything made by wood and clay... aman je rasa masuk masjid nie.. dan stil mengekalkan senibina budaya cina..

have a great time with my brother amir... *dedua nampak comel ek.. =P hahaha...

Selesai sesi khidmat masyarakat, kitaorg sempat melawat ke salah sebuah supermarket muslim kat area2 masjid, rata2 product dia sama je dengan Malaysia… Cuma jenama lah lain… dan barang2 dalam tu semua halal… sebelum maghrib kitaorg sempat baca doa akhir tahun memandangkan esok adalah 1 muharram… ini pengalaman syafiq sambut maal hijrah di China… semuanya Nampak normal.. dan tiada sambutan2 di masjid2 atau mana2 seperti di Malaysia, sebab dasar di Negara china… semua agama tak boleh di sebarkan. So malam tu mcm biasa… post mortem kat kedai satay kambing…
kanak2 riang dari uthm.... hahaha...one family ever..

satay kambing.... pergh!.. dah kambing tu fevret syafiq.. mmg tak lepas peluang...

Fourth day

Hari keempat nie… focus utama ialah lawatan ke tembok besar china, pagi2 lagi dah keluar…. ( secara jujurnya… group last yg keluar dari hotel…. =D …) dan perjalanan dari kota beijing ke great wall memakan masa kira2 40 minit. Dalam perjalanan tu… sempatlah singgah ke gudang batu jade. Rugi pergi china kalau tak pergi gudang jade…. Dan rugi rasanya kalau beli jade tuh…. Hahaha… no function maaa… baik duit tu simpan beli sovinier yg lain… hahaha… sampai kat kilang tu… org lain sibuk shopping… kitaorg sibuk bergambar…. Hahahaha…
After that, sampailah kitaorg kat Great wall of china…. Okeh… first impression bila Nampak great wall ialah.. waaaaa!!!... but after that… sound like.. fuhhh… huh!!.. penat!!... hahaha…
sebelum mendaki.. baik tangkap pic. dulu... satgi semua muka semput.... wakakaka...

inside the kubu,,,, hahaha..

i won the medal for climbing the great wall... *acc. beli ....hahahaha... =D

Kitaorg spend lot of time kat great wall tuh.. sampai tenggahari. Sempatla syafiq memanjat sampai atas… walaupon tak habis station 4 … tapi kira record la sbb dapat tempat paling tinggi dari geng2 lain… hahaha…(sebenarnya tinggi satu anak tangga jewp… LOL)… sedikit penerangan… kitaorg pergi ke great wall melalui pintu yang paling dekat dengan Beijing,,, dan great wall ada banyak pintu masuk… ianya merupakan rangking pertama dalam 10 keajaiban dunia… dan binaan manusia yang paling besar sehingga dapat di lihat dari satelit. Great wall di bina untuk menahan serangan dari tentera Mongolia dan ianya merentasi 9 buah negeri di china… diperbuat dari tanah liat dan ianya di bina oleh manusia dan kambing gurun… hahaha… =D
with izmi... syafiq org paling atas sekali kowt... *even 2-3 anak tangga je..

Habis je panjat great wall.. dan membeli sovinier … dan lepas makan… kitaorg di bawa ke satu kedai ubat or dikenali sebagai burning cream center. Kat sini lah syafiq di tunjukkan dengan demo berani mati… hahaha… demonstrator tu pegang besi panas then sapu cream kat tangan… hasil dia… tada!... sangat mujarab dan berkesan… hahaha… serius..
free medical check up... tapi penerangan kesihatan kearah melakukan produk dieorg... hahaha trick sungguh

Dan kitaorg juga di bawa ke kedai sutera. Kat sini kitaorg di tunjukkan mcm mana proses terjadinya sutera daripada ulat sampai kain… huh!... again… kitaorg di kejar dan di paksa beli barang… hahaha.. nak ke toilet pon dieorg tak bagi… hehehe…
Seperti yg telah di rancang… malam tu kitaorang adakan sesi makan besar, berbekalkan alamat yg diberikan oleh kedutaan… akhirnya.. kitaorg jumpa restoran masakkan Malaysia kat sana… waaa!!... excited gila.. hahaha..yerla.. dah berhari2 makan lauk yg sama je… naik jemu dah… hehehe..
i found nasi lemak rendang daging in bei jing.... waaa... proud!!..

have a snap for memory with mr. lim.. manager boston restaurant in bei jing... he's sabahan...

Boston Restaurant. Pemilik dia adalah rakyat Malaysia… dan mempunya berpuluh cawangan di Malaysia dan satu di Beijing. So syafiq pon orderlah nasi lemak rendang daging dan the tarik, walau pon rasa dia tak exactly sama cm Malaysia.. tapi kira sedap la… kat sini jugak ada jual roti canai, nasi lemak berlauk, dan macam2 lagi masakkan Malaysia. Malam tu post morterm just buat kat hotel je… sbb masing2 dah penat mendaki dan kenyang…
Sebelum tido… another jamuan… hahahah.. kali ni our lecturer yg masak… puan sareebah dan suaminya.. or kitaorg panggil encik abah… hehehe.. semua dtg bilik dia dan kitaorg makan sama-sama,  menu dia awesome!. Nasi, lauk2 dalam tin… dan special dia ialah maggi cup!... mkan ramai2… sambil berborak dan bergurau senda… seriously… syafiq takkan lupa moment ni…kitaorg dah mcm satu family yg rapat dah..
er hu!... one or Chinese traditional music... 

Fifth day.

Hari nie merupakan last day kitaorg kat Beijing. Focus untuk hari nie ialah melawat ke Dataran Tianamen dan forbidden city. Pagi2 kitaorg dah siap2 check-out hotel… dan terus ke pusat kota Beijing. Orang sangat ramai. Pelancong dari macam2 negara ada kat situ. Sebenarnya, a few weeks before kitaorg sampai Beijing, ada berlaku serangan pengganas kat dataran nie... tapi masa kami sampai… kerajaan china dah bagi jaminan bahawa pengganas dah di bersihkan…dan aman… tapi masa kitaorg pergi ke tianamen square ni.. masih ramai polis dan askar yg berjaga.. dan terdapat larangan2 lain antaranya kitaorg tak dibenarkan membuka banner dan bendera untuk bergambar, dan local people kene jalani ujian keselamatan sebelum masuk ke dataran… pelancong asing di beri kelonggaran. 
otw ke dataran tiananmen!... sempat dulu.. walaupon sejuk membeku... fuhhh!!!.... *kuar asap...

with my brother amir. n pengarah program wan.... front of national museum of China.

depan pintu gerbang dataran Tianamen... kira mercu tanda China...

Dan selepas selesai di Tianamen square, kitaorg di bawa masuk ke kota larangan or forbidden city. Kota larangan nie menempatkan pusat pemerintahan Negara china masa zaman2 dinasti dulu.. dan ia juga merupakan istana maharaja china. So berjalan2 dalam tu mmg penat… sbb bukan kecik tempat dia… BESAR GILAA!... fuhh!... mmg penat. (sampai tak larat dah nak ambik gambar…. Hahahaha.. ) so mostly local people percaya kalau mereka masuk ke dalam istana tu, pegang tombol pintu emas dan melawat bilik2 diraja, ianya akan membawa tuah besar kepada mereka.. bringing a great luck for them. Its their believes. Not for muslim. Kat sini juga kitaorg di tunjukkan kesan2 kerakusan penjajah barat yg mengkikis emas pada tong2 air istana..mereka kikis, curi dan bawa balik ke Negara mereka dan menjadi kaya di sana… (perangai sama je barat ni… penyangak)… 

balai utama dalam istana larangan.... kat dalam bangunan tu ada takhta maharaja China berdinasti-dinasti...

muka2 kepenatan berjalan.... rasa dah tak larat... tapi baru jalan separuh... hahaha.. serius istana ni besar ... ada 9999 bilik...

last pic sebelum keluar dari forbidden city... semua enjoy... *kowt...

selesai istana larangan dan makan tenggahari, kitaorg di bawa ke pusat jade dan mutiara…. Dan disnilah kami mendapat durian runtuh… hahaha… dapat pearl free… harga rahsia… dan mcm 2 lah.. hahaha.. lepas tu pergi ke pusat urutan kaki yg annoying gila… puihh!... buang masa aq je kat situ.. lepas tu kitaorg pergi tengok stadium sarang burung… yg paling gua geram tuh… dapat tengok dari jauh je… huh!... stress betul.. dan malam tu berakhir di lapangan terbang Beijing… after saying our goodbye to sara… our tour guide… kitaorg pon check-in dan flight back to Malaysia with the experience and memory …

stadium sarang burung at the back... just tengok dari jauh... sbb perkampungan olimpik tutup waktu malam...
kalau nak tau... nie tengah tahan sejuk... sbb angin sangaaattt kuat... dan mercu tanda beijing... bird nest stadium..

last moment with our tourist guide... sara... dia dah banyak tolong kitaorg sampai kene marah lagi ngn org restoran... hahaha... sabar je la ek... buka selalu kena ngn kitaorg...

okehh.... apa yg syafiq dapat dari program mobiliti ni banyak sebenarnya... first... syafiq belajar cara hidup dan sosial masyarakat beijing... apa yg dapat syafiq simpulkan ialah kebanyakkan mereka adalah peniaga dan mereka mempunyai otak yg boleh gain duit,,, mereka juga agak kasar dan sentiasa bergerak pantas. masyarakat beijing juga agak sukar untuk menerima masyarakat luar terutamanya pelajar dalam masyarakat dieorg.
kalau dari segi U plak... universiti di beijing tidak seperti di malaysia, universiti mereka lebih bersikap tertutup, dan mereka juga lebih independence. pelajar akan menjalani kehidupan mereka sendiri tanpa panduan atau sebagainya. 
bagi syafiq sendiri... program nie dah ajar syafiq macam2... soft skill melimpah ruah... hahaha syafiq juga berjaya improve my mandarins... even a few words je.. tapi improve la jugak... hahahah...  mmg pengalaman tu yg takleh nak beli... 

hah!.. kenangan abadi... takkan lupa sampai bila2... *i have nothing with the person at the back.. ahaha

apa pon.... program mobility nie memberikan 1001 kenangan la pada syafiq.... even pelbagai dugaan dan cabaran sebelum pergi... untuk penetahuan semua program nie sebenarnya dah 3 tahun tertangguh dan pengarah program juga silih berganti... alhamdulillah.. kitaorg berjaya laksanakan untuk senior2 syafiq... 
segala yg di lalui adalah pengalaman dan memori yang takkan syafiq lupa sampai bila2... inn sha Allah...
chineese muslim stall....

kepada yg nak travel ke bei jing tu syafiq nak pesan awal2.. kalau boleh make sure urusan penerbangan pergi dan balik adalah conform... bukan tempah sahaja... cari kenalan di sana akan lebih mudah laa urusan kita... cari tips2 untuyk kesana dari mereka2 yg dah pernag pergi.. sbb seriously sangat berguna... (even kitaorg pon ada cari2 kat blog dan google.... alhamdulillah jumpa dan sangat membenatu... ) jangan sesekali minum air paip kat sana... sentiasa bawa botol kosong untuk istinjak.. bawak la makanan reserved dari malaysia like biskut or ramen... then hati2 bila kat sana... sbb bak kata kedutaan malaysia... "In China.. semua benda adalah palsu kecuali penipu adalah betul"... hahaha



so itu saja kowt untuk kali nie... and salam...
*more pictures at my FB and Twitter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...