Tuesday, 21 October 2014

My Diploma Convocation day!...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah… hari ni baru tergerak hati syafiq nak update blog… setelah ditinggalkan begitu lama…
Degree ni bukan macam diploma dulu… degree terlalu sibuk dengan macam2 tugasan dan kerja. Plus dapat pulak kolej kediaman yang takde internet ni… lagi lah mood nal update blog tu lenyap.

Okay hari ni nak cerita pasal my Graduation day… hahahaha… Alhamdulillah…syafiq telah Berjaya menamatkan pengajian diploma ni dengan jayanya dan secara rasminya. So sekarang syafiq merupakan seorang pemegang diploma kejuruteraan Awam...(wooooo applause everybody!,,, =D )

Majlis Konvokesyen UTHM kali ke-14 telah selamat di langsungkan pada 11-13 october 2014.. majlis tu diadakan dengan jayanya di Dewan Sultan Ibrahim UTHM. Dan sidang satu dihadiri oleh Tunku Pro-Cancelor iaitu DYAM Tunku Mahkota Johor. Dan syafiq tercampak di Sidang 5…biasela, level diploma je kan… hahahaha… kalau nak merasa sidang satu tu, kene lah dapatkan anugerah or buat master n PhD… (target pon degree jee... =P)

Walaupun syafiq dapat kat sidang 5. Alhamdulillah jugak sebab sidang 5 ni tak la protocol sangat, rileks2 je. Siap ada concert lagi dalam dewan convo tu. Hahahah…
Pagi yang indah… bersiap lah syafiq dengan berbaju kemeja putih, bersuit lengkap, bertali leher biru dan berjubah convo… haa..awal-awal lagi syafiq dah sampai dewan Sultan Ibrahim, sbb tak mau sesak jalan. Dan syafiq kene tunggu parents kat sana. Alhamdulillah dalam kol 8.45 cmtu… kitaorng dah mulakan perarakkan masuk dewan. Dan kol 9… sidang sudah bermula. Mendengar lagu perarakkan masuk utama yang diringi dengan muzik gamelan, rasa meremang bulu roma… seram sejuk pulak… maklumla first time dapat pengalaman convo cmtu...( actually dah pernah banyak kali perarakkan dengan gamelan ni..)
standby with attire. niat pakai baju melayu di lupakan, pakai suit je. =D

sidang 5 ni untuk fakulti pusat pengajian diploma, fakulti lama syafiq dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat... budak-budak IT. so tak lah ramai sangat.... majlis pon berlangsung selama 3 jam dalam dewan... ( 3 jam dalam dewan pon... pishang jugaklah... T_T). majlis sidang lima ni disempurnakan oleh YB. Dato' Naib Cancelor. dan masa turn syafiq ambik scroll... Prof. Amir yang bagi... (why prof amir!!... we want dato'! yang bagi... =X ) so disebabkan nama syafiq dimulakan dengan huruf K, so sekejap je dah sampai turn syafiq... hehehe..habis je pemberian scroll, ucapan oleh Dato' NC. yang paling syafiq ingat dalam ucapan dia ialah, dia suruh bekerja bila dah grad... dan bayar balik PTPTN. blerghh!.. semua budak2 dalam dewan tu gelak tapi frust sebenarnya..hahaha


habis je sesi dalam dewan. so bertebaranlah manusia di sekitar dewan sultan Ibrahim tu. ramai lah yang mencari-cari keluarga masing-masing... hehehe.... the domain view ialah org pakai jubah, pegang scroll dan jambangan bunga... LOL.. rasa mcam semua org buat benda yag sama dalam satu masa... herherherh...tercari-dan tercari maka jumpalah my mom and have some fotoshoot kat library, memandangkan DSI tu panas gila, bertambah seronok lah syafiq sbb bukan parents je datang, kawan-kawan syafiq yang di kasihi pon datang jugak, Kak mira, kak ai, apuz, Amin,.. semua dtg meraikan kejayaan syafiq. =) (special thanks guys).
time convo ni lah baru syafiq jumpa my brotherhood.. setelah sekian lama menghilang,... dia muncul balik.. hahaha.. sapa lagi kalau bukan Amri Aziz,,, (nama bajet artis ke... puihh.. hahaha ).. setelah sekian lama menghilang... masa tu dapat jumpa dan ambil gambar sama. thanks bro... and congratulation for Chancellor Award.

with my family... =D


after having fotoshoot with family, then ambik gambar pulak dengan kawan2. sampai la ke tenggahari. after lunch with friends.. baru la syafiq balik rumah... =D


with my mom n dad..

with azree haziq... satu2 nya rumate yg di jumpai... =/

my brother... amen!




org semua dapat bunga yg di beli, luckily, syafiq dapat bunga yg mama buat sendiri.. =')

apuz



with some of my classmate and friends..mujur terjumpa

no one tell me that robe was senget!

kak ai n kak mira









dengan aiem,,, ni pun mujur terjumpa


apuz again...


Malam tu pulak, syafiq ada buat event sikit lah kat rumah, sebagai tanda syukur, so syafiq ada buat BBQ kat rumah and i invite my beloved friends and brother... having a otak-otak, nasi lemak and daging salai... umpphh... thanks for coming guys. =D


nampak tak kak ai tengah mencekik.. lapar betul muka dia.. =P

thanks kepada paq sbb dtg jugak... =D

sesungguhnya diploma ini merupakan satu pencapaian kecil dalam hidup ini, jika di nilai semula, takde apa yang hendak dibanggakan, kepada mama dan papa, thanks sebab terus memberikan semangat di saat diri ini lemah, rakan-rakan di uthm juga, yang sentiasa membantu hingga diploma ini selesai. 
Alhamdulillah, dan Terima kasih ALLAH.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...