Friday, 6 February 2015

hidup kita milik Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdullillah.. akhirnya syafiq dapat jugak masa nak update blog nie… kahkahkah.. setelah berhempas pulas satu semester untuk menghadapi final exam yang ermm entahlaa… tawakkal jer lah. (hahahaha..risau kene repeat paper…=/)
Pape pon lantaklah… kita dah buat yg terbaik kan… serahkan segalanya pada Allah.

Dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman:
Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat menolong kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah sesudah itu?. Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.
(Ali Imran : 160)

Okay. So sekarang kita berada dalam mood cuti sem sebulan… dan syafiq akan naik semester 22 febuari. nanti… sebenarnya syafiq bukanlah manusia yang suka cuti… (super bosan woi kat rumah…T,T) so cuti ni syafiq ada rancang beberapa aktiviti yang nanti syafiq akan masukkan dalam blog nie… (inn Sha Allah kalau rajin.. kahkahkah) ..

Harini syafiq nak share pasal life dekat university. Mungkin boleh bantu kepada adik-adik yang nak sambung belajar nanti. Life dekat U nie sebenarnya bukan senang, sebab kita akan berhadapan dengan bermacam-macam kerenah manusia dan perangai. Sebelum syafiq bercerita lebih panjang lagi, syafiq nak kongsi lah perjalanan hidup syafiq dari awal sampai harini.

Syafiq ni bukan dari kalangan pelajar yang pandai dan harapan sekolah masa kat sekolah menengah dulu, result pon cukup2 makan, so dalam fikiran masa tu hanyalah nak bekerja bila habis sekolah, berfikir utk sambung belajar tu mmg takde langsung, so tanpa disangka..kan.. tuah ayam Nampak di kaki.. tuah manusia siapa yg tau.. (cewwah… =P) syafiq di tawarkan program pra diploma. Dengan keadaan blur lepas SPM dan tak tau pon program tu apa sebenarnya… lalu melangkahkan kaki ke alam Universiti.. sebenarnya pra-U.
Selesai pra diploma. Rasa sebagai mahasiswa tu tak wujud lagi. Dan dengan result SPM yg biasa2… dan result pra-dip yg biasa2.. syafiq di tawarkan program diploma di uthm. Dalam jurusan diploma kejuruteraan awam. 2 tahun setenggah menghadap dploma… akhirnya grad juga sebagai diploma holder in civil engineering. Selepas diploma tamat. Syafiq di tawarkan pulak Sarjana Muda kejuruteraan Awam dengan kepujian di uthm… dan hari ini syafiq masih menuntut di uthm sebagai student degree. Alhamdulillah.

Syafiq tak pernah pon fikir akan masuk U sebenarnya. Yerlah.. kalau nak di bandingkan dengan result.. syafiq ni tak layak pon. Dan sejak itu, syafiq berpegang pada satu prinsip dan syafiq percaya bahawa… Rezeki kita semua ditentukan Allah. Bukan di tentukan oleh sijil.. tahap IQ.. tahap EQ atau pointer… tapi semua benda ni sebagai kayu pengukur sebenarnya. Yang penting kita jaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia atau sesama makhluk.

Berbalik pada topic kali ni.. life dekat U??.. apa sebenarnya beza life sebagai siswa siswi dan pelajar2 biasa??. Okay.. bezanya ialah pandangan masyarakat pada mahasiswa ni berbeza.. kita takdelah di pandang enteng oleh masyarakat. Dan kita harapan masyarakat sebenarnya.

Pada pemerhatian syafiq lah, kat U ni ada bermacam golongan yg sebenarnya. 2 golongan yang major yg cuba syafiq ketenggahkan iaitu Satu ialah student yang duk bilik main game, study, makan tido, pointer baik, dan golongan kedua ialah student yang aktif, sentiasa berusaha mencari soft skill dan memajukan dirinya, tapi pointer dia biasa-biasa je, tak dekan pon… so pada pendapat korang, which one yang baik sebenarnya, so korang semua jawablah sendiri dan nilai sendiri..

Pada pandangan syafiq lah kan, golngan ke-2 tu lebih baik dari yang pertama, yess.. pointer yg pertama tinggi, tapi adakah pointernya standing dengan kemahiranya?
Kebiasaanya golongan ini yang kurang kebolehpasaran pekerjaan dalam industry. Syafiq sudah menghadiri beberapa talk bersama industry dan sebagainya, mereka menekankan kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Mereka sendiri membuat perbandingan seperti yg syafiq nyatakan di atas. Industry memerlukan golongan pelajar yang mampu buat kerja, mampu memberi arahan, menerima arahan, mampu bercakap di hadapan, melontar pandangan dan memperbetulakn kesilapan, mahasiswa yang ada kemahiran insaniah tinggi, walaupon pointernya lebih rendah dari golongan pertama.


Jadi life dekat U nie sebenarnya suatu pilihan, kita tidak sama seperti di sekolah, di matrikulasi yang penuh dengan kawalan dan kongkongan ketat, di U ni kehidupan lebih bebas dan bersifat choice. Kita tentukan kemana kita hendak pergi.. siapa kita hendak jadi dan adakah golongan pertama atau kedua atau menjadi lebih baik dari 2 golongan ini, segalanya di tangan kita sendiri. Tiada siapa yang marah kita kalau kita buat silap di U, tapi kesannya tanggunglah sendiri. Jarang peluang datang 2 kali..

sekian sahaja... wassalam. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...