Wednesday, 15 April 2015

Program CIP KPS 2015 Peringkat Negeri Johor

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah... akhirnya blog ni terupdate jugak... setelah sekian lama tak di update,

pada minggu lepas... alhamdulillah... satu program kelolaan aku berjaya dilaksanakan, Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah 2015 peringkat Negeri Johor selesai dan berjaya di jalankan di UTHM, dengan kerjasama kelab aku iaitu gerakan pengguna siswa uthm



.apa tuh CIP KPS???...

Program nie sebenarnya ialah program explorace utk student sekolah menenggah... program nie 2 hari 1 malam... dan bebudak nie diaorg stay kat kolej kediaman koperasi, Taman U.
so GPS UTHM bertanggungjawab utk pastikan adik2 nie selesa dan kebajikan mereka terjaga sepanjang program. and kitaorg jugak bertanggungjawab membantu pihak kpdnkk utk run program nie.... 
sebenarnya ni merupakan kali ke-2 CIP KPS ni di adakan di UTHM, kali pertama tahun lepas... Pengarah program nye ialah Amin... and this year.. aku pengarah program, walaupon ramai yang kata program nie tak mencabar sbb program anjuran luar dengan kerjasama GPS UTHM je.. tapi aku dapat rasakan cabaran-cabaran getir yang menimpa aku as pengarah program. apa pun.. program berjalan dengan baik beb.... semua okay je... dan feedback pon positif lah dari KPDNKK Johor. (fuhh... nasib baik lah...)

masalah yang aku hadapi semasa program?...

masalah yang di hadapi sebenarnya tak banyak dalam aku menjayakan program ni... cuma masalah2 biasa and adalah beberapa masalah yang aku tak dapat nak selesaikan.
sebagai contoh masalah kelewatan katering hantar makanan, masalah ni mmg aku tak boleh nak selesaikan sbb katering pon ada jadual dia sendiri and pengalaman mereka as caterer... tapi bila kelewatan berlaku... mmg benda tu jadi masalah lah kat semua orang especially aku as pengarah program dan semua AJK makanan sbb yang nak menghadap dengan pegawai tu kami.. bukan caterer.. in sha Allah akan di perbaiki lah di masa akan datang.
masalah lain tu mcm pengurusan AJK tu ada sikit kekurangan lah sbb ramai yang tarik diri last minute dan permintaan penambahan ajk di saat akhir tu menjadikan satu kekeliruan antara ketua2 unit semua... sbb kebanyakkan mereka tak dapat hadir mesyuarat dan perjumpaan yang di adakan. dan mereka tak faham skop kerja mereka dan siapa yg patut mereka berjumpa.

masalah-masalah lain tu cuma masalah biasa yang boleh diselesaikan dalam masa yag singkat.. alhamdulillah...

Apakah GPS UTHM mengharapkan CIP KPS yang akan datang di adakan lagi di UTHM.??..

Sejujurnya aku katakan, iyya... kami sangat mengalukan program CIP KPS 16 di adakan di UTHM. sbb dari program ini aku as one of majlis tertinggi GPS UTHM dapat menilai hasil kerja dan KPI sekretariat kelabaku yang baru, kalau dieorang sekretariat lama yang diserap semula, aku tak kesah... sbb kita yakin dengan kerja mereka, tapi yang baru ni harus di latih dan di berikan pengalaman, tapi as now... okay lah... semua bagi komitment yang sangat baik.. mcm Jeyhan, sara dan aai... mereka ada peluang dan bakat yang boleh di bawa ke hadapan. in sha Allah.
tapi.... cadangan aku, kalau boleh lepas nie.. CIP KPS mungkin boleh di buat di luar kampus atau di tempat yang lebih mencabar, sbb kalau kita tengok CIP KPS Perak.. dieorang buat di Lost World Of Tambun Theme Park... why not CIP KPS Johor tahun depan buat di Legoland ...and jemput kita semua.. (=D... kahkahkah!!.. )

so tu jelah ceritanya program kelolaan aku utk GPS UTHM... in sha Allah nnty ada lagi program lain menyusul... and aku update kat sini...
salam...

memberi taklimat kepada semua peserta dan guru-guru.

taklimat peserta...


LDK 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...